leletan Ib | torak. | Mengikut cerita orang tua-tua, orang di Rumah Panjang Mendas masih ada menyimpan sumpitan Unggang. Orang di Kawit pula masih menyimpan tombaknya manakala orang di Lichok menyimpan alat leletan. Unggang memperolehi barang-barang tersebut semasa dia berkahwin dengan Jeburi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tibang Ib | bekas atau tempat yang diperbuat daripada kulit kayu khas digunakan untuk menyimpan padi. Ia biasanya diletakkan di loteng atau sadau. | Selesai makan Unying menyuruh isterinya menyimpan beras itu ke dalam bekas padi tetapi semua bekas padi yang ada penuh diisi oleh padi yang dibawa oleh Unying. Unying terpaksa membuat tibang yang baru untuk menyimpan padi itu. Sebanyak tiga buah tibang dibuat untuk memuatkan semua padi itu. Keesokan harinya isteri Unying menumbuk padi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ringka Ib | bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh. Ia diperbuat daripada rotan dengan anyaman bersilang. | Apabila dia mengetahui kebenaran berita itu, Patinggi lalu menyuruh seorang hambanya menggantung satu ringka (bekas yang biasanya digunakan untuk menyimpan tengkorak musuh) dan sebuah selabit (satu jenis keranjang yang digunakan untuk membawa barang) dengan sebatang kayu panjang yang disebut suar. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bungkan Ib | sejenis bekas berbentuk silinder yang dibuat daripada batang buluh dan berpenutup. Ia digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barang khususnya hap mulut. | Selepas itu Simpurai pun mencari tulang rusa yang sudah kering untuk dibuat menjadi sulat iaitu sejenis alat untuk menganyam. Dia lalu mengajak Laja membuat sulat serta sisir dan bekas bungkan untuk menyimpan sesuatu. Apabila semuanya sudah siap Simpurai menghantar barang-barang tersebut kepada Keling untuk disampaikan kepada adik Arau. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketawai Kd | tempat menyimpan padi. | Charlene menggeleng kepala. Tetapi dia cepat-cepat merapati ke badan Richard. Tentagas itu sengaja bersuara lantang untuk menyeru semua semangat padi supaya pulang ke ketawai. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tangkob Kd, MSb | tempat menyimpan padi yang diperbuat daripada kulit kayu. | Mengikut cerita ayah, Tongkubung merupakan pengganti gong. Pada zaman dahulu, ia dibawa oleh Bobolian bersama-sama dengan alat muzik Taburi dan Pumpuak ke gebuk padi atau Tangkob semasa melakukan upacara memberi makan dan minum kepada Bambarayon. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tampin Mr Tl | proses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu. | Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkob | bekas besar untuk menyimpan padi diperbuat daripada kulit kayu. | 1. Bekas berbentuk silinder dari kulit kayu yang disimpan di loteng rumah (tilud). Selepas dimasukkan ke dalam karung, padi ini kemudian disimpan dalam sebuah pondok kecil di tepi sawah yang dipanggil sulap untuk beberapa ketika sebelum dipindahkan ke rumah untuk disimpan di bekas besar yang dipanggil angkob. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulap samang Mr | pondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut. | Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linamin Tb | tempat khas untuk menyimpan padi yang dituai, kepuk padi. | Memang. Sebetulnya sudah kuduga, pakcik. Dia memang tidak setuju dengan rancangan ini. Dia mahu kita lakukan cara dulu. Cara kita yang mesti ada punsuan linamin dan sebagainya. Bukankah itu sudah ketinggalan zaman? | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |