Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyo.al] | مڽوءال

Definisi : mengemukakan pertanyaan, mem­beri soalan, menanya: Siti ~ lagi apabila di­dapatinya soalan tadi tidak mendapat jawab­an; ~ balas menyoal seseorang yg memberi keterangan utk sesuatu pihak (pihak lawan dll) utk memastikan kesahihan keterangan yg diberikannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyo.al] | مڽوءال

Definisi : mengemukakan soal (yg sulit-sulit); menanyakan sesuatu (dlm peperiksaan dll): Pihak polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki merompak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngekot MSrperihal perempuan yang mengikut lelaki ke rumah bertujuan untuk berkahwin.Semua orang menyoal kepala sendiri tentang engkau iaitu kenapa kau tidak membalas dendam sahaja kepada perempuan yang pernah menganiaya cintamu dan hidupmu yang sering kaukatakan membuatkan kau begitu kecewa? Katamu setelah beberapa hari bertunang dengan hantaran yang mewah-mewah, dia mengejar lelaki lain lalu ngekot kemudian bernikah dan hantaran pertunanganmu satu sen pun tidak dikembalikannya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas