Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyum.bat] | مڽومبت

Definisi : 1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dll) dgn sumbat, menyumpal: ~ telinga dgn kapas; 2. memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dlm, mengisi: mereka sedang ~ guni-guni tadi dgn barang-barang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyum.bat] | مڽومبت

Definisi : menutup dgn sumbat; menutup lu­bang atau liang kemas-kemas dgn sesuatu; memalam; menyumpal: Mulut botol dpt disumbat tetapi mulut orang bagaimana ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumbat
Kata Terbitan : penyumbat, menyumbat, tersumbat,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gollom, *golom* Bj Smpokok gelam.Aku ajar mereka cara-cara mengendalikan lipa. Menyumbat kebocoran lipa dengan kulit kayu gollom yang banyak didapati di persisiran pulau-pulau.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kirai MSbdaun nipah.Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigup MSbtembakau (pada rokok).Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. (hlm. 7) Kaki lima kedai-kedai, dan di tempat-tempat kosong yang lapang menjadi tempat kebanyakan wanita-wanita menjual bermacam-macam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daun rokok (kirai) tembakau (sigok) dan berpuluh jenis jualan lagi.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas