Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.riah] | مرياه

Definisi : 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan; memeriahkan menjadikan meriah, meng­gembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; kemeriahan keriaan, kegembiraan, kera­maian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.riah] | مرياه

Definisi : 1 riang gembira; suka ria: Mereka merayakan kejayaan itu dgn ~nya. 2 besar-besaran; ramai: Perayaan menyambut hari kemerdekaan tahun ini lebih ~ drpd tahun yg sudah-sudah. 3 dgn segala kebesaran, kemuliaan dll: Mereka menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh semangat. memeriahkan menjadikan meriah; menggembirakan: Pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai kaum. kemeriahan keadaan meriah; keriaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meriah (adjektif)
Bersinonim dengan riang ria, riang gembira, suka ria, girang, seronok, ramai, gamat;,
Kata Terbitan : memeriahkan, kemeriahan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
piontokan Kd1. pertunangan sebelum dewasa.Sekali gus mengingatkan dia kepada saudara sepupunya sebelah keluarga ibunya, mendapat jodoh semasa sebelum baligh. Suasana dalam upacara adat piontokan itu, cukup meriah.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
asrakal Bj Smberzanji untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w.Selepas bacaan kitab yang memuji Nabi Besar itu, orang­orang yang tadinya duduk itu berdiri pula. Mereka berasrakal beramai-ramai. Majlis menjadi semakin meriah.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas