turun tanah Bd | memulakan semula kerja selepas berselang beberapa hari atau minggu. | Kalau dapat, sampai tujuh hari baharulah turun tanah, sambung Nek Siku lagi walaupun dia mengesani juga bahawa Josika tidak berminat bercakap dengan orang. Dia berharap Josika faham akan maksudnya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kotu'an Kd | upacara untuk mententeramkan semangat jahat yang ada kaitannya dengan padi. | Selepas upacara amal di atas dilakukan, satu lagi upacara amal dipanggil kotu'an dilakukan pada hari atau minggu berikutnya untuk mententeramkan semangat yang jahat dan memaklumkan semangat ini untuk tidak menganggu padi. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sokot Bd | sejenis ulat sebesar ibu jari berwarna kekuningan. Ia hidup dalam batang rumbia yang sudah reput. Ia enak digoreng dan mempunyai banyak khasiat terutamanya protin.(sokot disebut di kalangan masyarakat Bidayuh, manakala ulat mulung oleh orang Melayu tempatan dan si’et oleh masyarakat Melanau) | Krombi dan Sokot antara makanan eksotik di Pasar Minggu Satok. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak 2001 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |