Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.dah] | موده

Definisi : 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-se-tengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin se­galanya susah; bermudah-mudah menganggap senang sa­haja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh; memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan; mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya se­suatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memu­dahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infra­struktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb; pemudahan perihal (perbuatan dsb) memu­dahkan; pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd kemalangan dll), di­harapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll) demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd kita, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.dah] | موده

Definisi : 1 tidak susah; tidak sukar: Kira-kira ini ~ saja. 2 lekas atau cepat sangat: Budak-budak muda ~ benar terpengaruh. ~ alih dpt dibawa atau dialih ke mana-mana. bermudah-mudah menganggap mudah saja; membuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh. memudahkan 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. mempermudah menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. kemudahan 1 keadaan mudah. 2 sesuatu yg disediakan utk faedah orang ramai, pekerja dsb. ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, dan jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mu.dah] | موده

Definisi : ; mudah-mudahan 1 diharapkan supaya; moga-moga: Belajarlah bersungguh-sungguh, ~ berjaya nanti. 2 demikianlah hendaknya (selalunya pd akhir ayat): Pd bulan hadapan akan tercapailah cita-cita kita, ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,

Puisi
 

Jangan mudah bunga sudah,
     Bunga serupa dengan daun;
Jangan mati kehendak mudah,
     Hilang bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(90)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
penduk Ibsejenis tumbuhan berkayu yang tumbuh di hutan berpaya, kulitnya boleh dibuat tali, batangnya ringan dan mudah reput.Binatang dan burung memang masih banyak dan mudah didapati di kawasan tersebut. Kawasan itu selalu dikunjungi oleh para pemburu, penangkap ikan dan penyumpit burung. Mereka menangkap burung menggunakan jerat yang diperbuat daripada kulit kayu penduk. Ada yang menangkap burung dengan getah sempulut dan jerat daripada benang pokok aping.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ibperibahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah.“Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
wasoi Kd, Tbalat seperti beliung, biasanya digunakan untuk menarah papan.Peralatan moden juga perlu untuk menggantikan alat-alat tradisional agar proses pembuatan menjadi lebih cepat dan mudah. Contohnya: 1. Pais diganti dengan pisau 2. Susuput diganti dengan Soldering Kit.elektrik. 3. Sopinit/Sopilut diganti dengan gam yang kuat dan mudah kering. 4. Dangol digantik dengan gergaji halus/gergaji besi.5.Wasoi diganti dengan kapak penebuk/pengaut.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyagu Ibmenyanyi (penyanyi latar).Seni katanya mudah saja, jawab Apai Sabit Bekait. "Langau bukan langau mendebungakan bunga Manding, Ke mana pandong Apai Sabit Bekait condong, Mengelilingi rumah Keling," kata Apai Sabit Bekait mengajar mereka nyagu.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengap Ibmenyanyikan lagu suci.Awaklah mengap selepas aku, kata Apai Sabit Bekait kepada Keling, "dan awak membantunya," katanya kepada Laja. "Bolehlah," kata Keling dan Laja, "tetapi macam mana kata-katanya?" "Seni katanya mudah saja," jawab Apai Sabit Bekait.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pau kelasih LBsejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman.Kalau kamu mahu mengambilnya jangan kamu pakai kayu untuk memanjatkan batu itu kerana batu itu akan mudah terbakar. Batang pau kelasih (sejenis paku-pakis yang besar dari paku biasa dan berwarna perang) itu yang baik sekali.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mimoh, *mimuh* Bdmendirikan bangunan.Kembang rasa hatinya apabila ada jiran yang bertandang atau melintas halaman rumahnya dan bercakap atau bertanya fasal kayu itu. "Siapa buat" "Siapa lagi. Akulah." "Wah, wah! Tak lama lagi, mimohlah kita dua beranak ni…" "Mudah-mudahan."Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lingkoko Tbpantun klasik.Lingkoko ini sering kali menggunakan bahasa-bahasa orang Sungai yang bercorak klasik di samping penggunaan lambang-lambang yang sukar ditafsirkan oleh anak-anak muda, namun pada masyarakat Orang Sungai yang dewasa bahasa yang bercorak klasik dan penuh lambang itu dengan mudah dapat mereka mengertikan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sundatang Tbsejenis alat muzik yang dibuat daripada batang nangka.Setakat ini saya telah memperkenalkan 19 alat muzik tradisional yang diperbuat daripada bambu kecuali Gandang dan Sundatang. Alat-alat untuk membuat alat ini iaitu batang bambu, kayu nangka, kulit labu, gam asli daripada sarang lebah dan lain-lain adalah bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dengan mudah.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas