Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.ka.muka] | موک٢

Definisi : ; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.ka.muka] | موک٢

Definisi : ; dgn ~ tidak ikhlas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata muka-muka

Puisi
 

Sirih kuning di muka pintu,
     Gajah bersila di dalam mangkuk;
Putih kuning di muka pintu,
     Buat ubat mata mengantuk.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Muka berpandangan,
     budi kedapatan,
kasih bagai selama juga.

Bermaksud :

Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tontog Rgsejenis tambur kecil.Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karatung Kd Tmsejenis tambur kecil.Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus.Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
molohingon Kdketua kampung.Merah padam muka Bungkau ditempelak oleh Mamai Lumbat. Dia tidak mengerti, kenapa begitu jahilnya Molohingon Kampung itu terhadap adat resamnya sendiri.BungkauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lau Iblebam..... beranakkan Endu Dana Entali Bunga, bersuamikan Laja yang hitam lau muka penyalai tengkorak balang berang, beranakkan Tedong Merengong, yang digelar Bujang Chenaga Umbang....JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lakatan Kypulut.Separuh dari tabasannya akan ditanam lakatan (pulut) kuning. Rezeki di muka bumi adalah kurniaan Tuhan.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kendoon kasih Bj Smmeninggal dunia.Beliau lebih rela kendoon kasih daripada melihat arang terconteng di muka kaumnya.NembilukGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
delundung Tbkain yang digunakan untuk menutup kepala.Bininya sudah duduk di bendul rumah. Mukanya dibasahi peluh. Muka bininya nampak kemerah-merahan. Tangannya merungkai delundung di kepalanya. Peluh yang membasahi dahinya, dilap dengan lengan baju. Bantilan tidak memandang bininya. Matanya memandang ke perdu rumpun buluh di belakang rumah.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kempang Ib, MSrtergamak, sampai hati, sadis, tega.Sibot hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia sudah tidak kempang melihat muka bapanya yang kebingungan itu lalu dengan cepat dia berpaling ke tempat lain.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tanak tondu Kdanak perempuan.Endunya membisikkan beberapa kalimat. Tangannya melingkar di bahu Enandakan dan jari-jari tuanya sekali-sekala mengusap muka tanak tondunya yang merenung dengan wajah kosong. Air mata merembasi kelopak matanya.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lang Ib, MSrpintu.Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas