kumagi Kd Lt | 1. selempang. | Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sukup kopio Kd Lt | baju tradisional wanita. | Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
portinah, *portina* Kd Lt | tali pinggang yang diperbuat daripada suasa dan kain. | Mula-mula gonob, diikuti oleh sukup kopio, kemudian gonob diikat dengan portinah. Kumagi akan dipakai secara menyelimpang di bahagian dada (seperti huruf X). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigar Kd Pn | tengkolok, destar, dibuat dari kain yang khas ditenun untuk itu. Salah satu pakaian kemuliaan, yang dipakai dalam istiadat orang Dusun, terutama dalam perkawinan dan upacara istiadat dan pemujaan yang besar. Ada kalanya disebut dalam mentera tonigar, minigar, monigar, panigar. | Mula-mula pawang-pawang yang terdiri dari kaum wanita duduk berbaris dalam rumah, membelakangi dinding beranda. Pawang-pawang wanita ini memakai tengkolok kepala, yang disebut sigar. | Dusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seluar sumbu MSr | seluar dalam yang diikat dengan tali di pinggang. | Apa bezanya mereka dengan kita. Mereka manusia juga. Kita pun manusia. Apa lebihnya mereka daripada kita. Yang berbeza hanyalah mereka orang datang, kita orang asal. Itu saja. Apa yang ada pada mereka ketika mereka mula-mula datang dulu? Eh, kau tahu tak, kerana merempat di tanah air sendiri, ada yang datang dengan seluar sumbu saja. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magintan taduk Kd Kj | upacara memuja semangat padi sebelum mula menuai. | Upacara Magintan taduk ialah upacara pemujaan semangat padi. Ianya dimulakan ketika upacara mula menuai dilangsungkan. Sebelum upacara magintan taduk ini diadakan, maka adalah dipantangkan untuk memulakan tuaian. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manggul Ib | upacara ketika mula membersihkan tanah untuk pertanian dengan cara membuat persembahan untuk dewa dan roh yang menjaga tanah itu. | Mereka semua disuruh berhuma di satu kawasan. Sebelum membersihkan kawasan huma itu satu upacara ‘Manggul’ diadakan. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
langkau MSr | jenama kepada air tapai suling. | Petang itu, Josika sudah mula berasa sesuatu yang tidak kena akan berlaku. Sesuatu yang jahat, yang tidak disukainya. Bapa mentuanya membeli tujuh puluh botol langkau. Seribu orang pun yang datang akan terhuyung-hayang semuanya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bengkeng MSr | degil. | Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan. | Jagung Pulut Pusaka Moyang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
asak-asak Ib, MSr | berputih mata. | Celaka!? Tuk Lentar mengesat matanya yang mula berair. Dia berasa begitu bodoh dan hina dalam keadaan begitu. ?Tamak. Semua orang sudah tamak. Asak-asak aku nak dapat bahagian aku.? Ketika itu dia tersenguk-senguk mengawal nafas dan kata-katanya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |