Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la.i] | مولاءي

Definisi : 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la.i] | مولاءي

Definisi : bermula dr: ~ sekarang, kamu tidak boleh bermain di situ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mulai

Puisi
 

Tahu sudah titian licin,
     Adik jua jalan dahulu;
Tahu sudah kita miskin,
     Gilanya adinda mulai dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sudah tercium baunya.

Bermaksud :

Rahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ubi abok, *ubi abuk* Ibubi keledek.“Oh, mereka ini sudah mulai menggali ubi abok,” kata gadis-gadis, menyindir Angap dan Senurok yang sudah mulai mabuk.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ipok Mlroh.Jiran-jiran berdekatan mulai bertandang ke rumahnya. Malam itu dukun Pak Maloh memulakan tugas pengubatannya. Dan malam itu semua ipok Pak Maloh dipanggil untuk mengubati penyakit Luman.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
laut Iborang Melayu.Orang yang bersuka ria dan ketawa tadi kini menjadi takut. Mereka mulai lari ke sana ke mari dan yang ada perahu lari ke perahu. Laut-laut yang ada perahu semuanya lari ke perahu. Rumah panjang yang ditinggalkan tadi terus menjadi batu.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kodop Kdsejenis kulat; Cymatoderma elegans.Barangkali Oyong dapat disuruh untuk mengutip kodop yang tumbuh pada batang-batang kayu yang mulai mereput yang menjadi sisa jilatan api sewaktu mengurak dulu.SonggoribGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongurak Kdproses mengumpul dan membakar kayu-kayu untuk membersihkan huma.Barangkali Oyong dapat disuruh untuk mengutip kodop yang tumbuh pada batang-batang kayu yang mulai mereput yang menjadi sisa jilatan api sewaktu mengurak dulu.‘Songgorib’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
aling LBpengetam padi yang diperbuat daripada buluh kering.Semasa di tengah-tengah bekerja, jika kami terserempak lebah atau penyengat kami terus berhenti. Apabila orang-orang tua kami mengikat aling di jerami, kami mesti dalam keadaan duduk. Selepas itu barulah kami mulai semula.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengaruh Ibazimat untuk menjaga keselamatan diri daripada perbuatan jahat orang, atau ubat guna-guna ilmu hitam.Kemudian isteri Enteran Temiang menggosokkan pengaruh untuk menghidupkan orang yang sudah mati, ubat ini diperolehi Enteran Temiang dan Enteran Temali dari langit semasa mereka berjumpa Datuk Pengaruh. Pengaruh ini sungguh mujarab kerana sesudah digosok Enteran Temali pun mulai bernafas, dan terus hidup semula.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas