Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.bi] | نبي

Definisi : Ar 1. orang yg dipilih Allah utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Muhammad ialah ~ yg ter­akhir; 2. = al-Nabi Nabi Muhammad SAW; kenabian yg berkaitan (berhubungan) dgn nabi: Nabi Muhammad seorang manusia biasa yg diutus oleh Allah sbg pesuruh dgn mukjizat ~nya; sudah pasti tidak ada darjah yg lebih tinggi drpd darjah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.bi] | نبي

Definisi : lelaki pilihan yg menerima syariat secara wahyu drpd Allah utk dirinya sendiri (tidak wajib disebarkan kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nabi (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan utusan Allah, pesuruh Allah, rasul;,
Kata Terbitan : kenabian,

Puisi
 

Disimpan gula dengan sirih,
     Datang ia dari tanah;
Sudah ada Nabi Idris,
     Ada pula Nabi Noh.


Lihat selanjutnya...(28)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
asrakal Bj Smberzanji untuk memuji Nabi Muhammad s.a.w.Selepas bacaan kitab yang memuji Nabi Besar itu, orang­orang yang tadinya duduk itu berdiri pula. Mereka berasrakal beramai-ramai. Majlis menjadi semakin meriah.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas