lambaru langit Tb | kiasan – sangat jelita. | Pabila dia sudah tengok itu barang, dia nampak sudah berbuka. Dia nampak satu manusia, manusia iu parampuan (perempuan). Macam tolor dari lambaru langit (sangat jelita). Langitlah. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
labang beruang, *laba beruang* Ib | membawa petanda atau alamat baik. | Kalau kita nampak beruang semasa pergi ke huma, ini juga tidak baik. Maksudnya sama dengan burung atau binatang lain yang membawa nasib yang tidak baik. Tetapi kalau kita nampak ia datang menuju kita dari hadapan, ini baik kerana ia menghantar tuah yang dipanggil burung labang beruang kepada kita. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
delundung Tb | kain yang digunakan untuk menutup kepala. | Bininya sudah duduk di bendul rumah. Mukanya dibasahi peluh. Muka bininya nampak kemerah-merahan. Tangannya merungkai delundung di kepalanya. Peluh yang membasahi dahinya, dilap dengan lengan baju. Bantilan tidak memandang bininya. Matanya memandang ke perdu rumpun buluh di belakang rumah. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
idas Bd, Ib | sejenis tikar yang dianyam daripada rotan kulit kayu. | Mereka berkejar pulang ke Panggau Libau. Sampai di sana mereka nampak tikar dan idas sudah dihamparkan di pelantaran untuk menyabung semula, hanya menunggu ketibaan mereka berdua. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyengok, *jenguk* Ib | petanda yang ditunjukkan oleh binatang seperti rusa, pelanduk atau kijang yang kelihatan dari jauh, lazimnya di kawasan huma. | ‘Burung’ yang disebut nyengok, apabila dilihat, membawa alamat yang tidak baik. Kalau kita nampak ‘burung’ seperti ini kita mesti minta orang yang boleh makai burung menjauhkan huma dan orang yang mempunyai huma itu dari segala malapetaka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
burung berua Ib | keadaan burung yang berbuai di atas akar-akar yang berjuntai semasa seseorang sedang berhuma. Suatu petanda tidak baik iaitu akan ditimpa kesakitan sama ada dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya. | Semasa seseorang sedang berhuma dan dia nampak burung berua di atas akar-akar yang berjuntai, ini tidak baik. Ini menunjukkan tali ayun manang semasa upacara belian untuk dia sendiri ataupun salah seorang ahli keluarganya yang sakit. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |