Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1. alam akhirat tempat orang yg ber­dosa diseksa, lwn syurga; ~ jahanam neraka yg paling besar; 2. bp segala macam seksaan (bencana, kesusahan): inilah yg disebut ~ dunia; 3. celaka, sial: ~ kau ini; 4. ki tempat yg penuh dgn seksaan, kesusahan, dan ben­cana: rumah itu bagaikan ~ baginya; menerakakan mendatangkan bencana, men­­­­celakakan; kenerakaan perihal neraka, kecelakaan: apa yg ditemuinya di Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~ belaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1 tempat di akhirat kelak bagi orang yg ingkar dan berdosa di dunia ini menerima balasannya: ~ jahanam neraka yg amat besar. 2 ki segala macam kesusahan dan penderitaan: ~ dunia keadaan hidup yg sangat susah atau azab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neraka

Puisi
 

Tebang mari kayu nangka,
     Hendak dibuat kayu api,
Seorang neraka seorang syurga,
     Yang mana satu hendak diganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kolungkud Kdneraka.Oleh sebab terlalu murka terhadap kelakuan Ponompulan, Kinoingan telah melarangnya daripada kembali ke libabau (syurga), dan menghantarnya ke kolungkud (neraka).Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
libabau, *libabou* Kdsyurga.Oleh sebab terlalu murka terhadap kelakuan Ponompulan, Kinoingan telah melarangnya daripada kembali ke libabau (syurga), dan menghantarnya ke kolungkud (neraka).Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas