Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengayau membunuh orang utk diambil kepalanya (adat beberapa suku bangsa yg belum bertamadun): orang Dayak pd zaman dahulu mempunyai adat ~; pengayauan perihal (perbuatan) mengayau; pengayau orang yg kerjanya mengayau: mereka menghormati ~ sbg pahlawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ngayau I


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gawai burung Ibupacara meraikan kejayaan membawa balik kepala musuh dalam ngayau iaitu selepas upacara enchabuh arung.Sekembalinya mereka dari ngayau itu juga Sengalang Burong mengadakan upacara yang dipanggil Gawai Burung untuk menyambut tengkorak musuh.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngayau Ibberperang.Ruai yang terletak di tengah-tengah rumah panjang itu agak gelap dan dihiasi tengkorak musuh, tangkal dan alat pengayau.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
dengah Ibkepala musuh yang diperoleh semasa ngayau.Mungkin Rentap tidak sedar bahawa datuk neneknya adalah pahlawan dan yang paling banyak dengah di daerah itu. Begitu fikir Kibong. Rentap tahu panas baran Kibong mula membara.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyabur Ibsejenis parang panjang yang biasanya digunakan untuk ngayau.Keling mengikatkan parang nyabur chudor yang biasa menumpahkan semburan darah lang di pinggangnya. Dia juga membawa parang nyabur lama yang begitu tajam sehingga boleh memutuskan tulang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balang begeman Ibkepala musuh (manusia) yang diperoleh semasa ngayau.Awak ini pada masa dahulu orang tua, mengatakan diri hendak pindah ke tempat ini, Di tengah-tengah ruang langit rata membawa kumpulan balang begeman.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkoh agong, *sangkuh agung* Ibsejenis tombak, matanya lebar dan digunakan untuk ngayau dan membunuh binatang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkah Ibsejenis nyanyian yang dinyanyikan semasa membawa atau menyambut tengkorak yang dibawa balik semasa ngayau.Tengkorak itu pun dibawa dengan aluan sangkah secara beberapa kali berjalan dengan gerak-geri ayunan dan nyanyian sepanjang rumah.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai tusok, *gawai tusuk* Ibsuatu upacara menusuk dan menjalin semua kepala yang dibawa balik semasa ngayau menjadi satu ikatan kepala sebelum digantung.Kelapan kali Begawai, gawai ini bernama Gawai Ranyau atau Mudur Ruroh, mana yang lebih disukai oleh orang yang mendirikan gawai. Gawai ini sama dengan Gawai Tusok dan mantera yang digunakan hanyalah setakat kisah menyimpan padi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngajat Ibsejenis tarian tradisional orang Iban.Bunyi gong kini berkumandang lagi, ngajat berjalan terus penuh keriuhan.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
simpur MSb1. buah simpuh, digunakan untuk membungkus sesuatu (makanan); Dillenia aurea.Daun-daun simpur yang dikutipnya begitu banyak.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas