Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ni.pah] | نيڤه

Definisi : sj tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok), Nipa fruticans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ni.pah] | نيڤه

Definisi : nama sj pokok palma yg daunnya boleh dibuat atap dll, Nipa fruticans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nipah

Puisi
 

Tetak nipah susunnya nipah,
     Tetak kumati berdiri-diri;
Duduk susah berdiri susah,
     Memikirkan badanku tinggal sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hilir malam mudik tak singgah,
     daun nipah dikatakan daun labu.

Bermaksud :

Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
apong MSrnipah.Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa." Senabong mengatakan dia tidak mahu pulang lagi ke kawasan Batang Bangkit itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kirai MSbdaun nipah.Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu.SawahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
boton Tbsejenis bakul yang diperbuat daripada pucuk nipah atau kulit kayu. Ia berbentuk bulat dan mempunyai tali untuk di sandang di belakang. Ia biasanya digunakan untuk mengangkut padi.Heboh pula suatu berita terbaru yang mengatakan bahawa Sindan mati akibat termakan racun. Bantilan akhirnya menangis. Baru dia teringat akan racun perosak yang disimpan di dalam sebuah boton dan dibiarkan tergantung di dinding sebelah luar rumahnya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penganan iri Ibsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras/ubi dan gula merah atau gula nipah, penyaram.Ini Chakoi menjual kuih penganan iri dan nasi pulut yang dimasak dalam ruas buluh. Jualan mereka laris, dibeli oleh buruh-buruh jalan raya dan orang yang lalu?lalang.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tapi Bj, Sldinding lepa.Lepa biasanya berukuran 5 meter panjang dan 1.5 meter lebar dan membentuk struktur sebuah rumah yang mempunyai dinding dipanggil ‘tapi’ dan beratap daun nipah dikenali ‘kajjang’.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tengkok, *tengkuk* Ibsejenis pokok memanjat, buahnya dimasak lama kemudian direndam dalam air yang mengalir sebelum dimakan untuk membuang racunnya.Bahan-bahan yang diperlukan dalam proses ngembun ialah kunyit, halia, minyak kepayang, buah tengkok, garam mengkudu atau garam nipah, buah kepayang dan kulit buah langir.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temeka Ibikan tembakul.Memang benar. Baik juga lawatan bapa tetapi saya masih rindu untuk bermain dengan bunga pedada yang mengembang. Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas