tampik Ir, Tb | daging kerbau yang dipotong nipis dan dikeringkan untuk disimpan. | Semua penduduk mendapat agihannya masing-masing malah mereka dapat menyimpannya tiga empat hari. Mereka bercermat dan berdikit-dikit memakan “tampik” daging kerbau mandak itu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bebandil Bj Sm | sejenis gong besar dan nipis. | Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
togad Tb | sejenis ikan air tawar, badannya berbentuk panjang nipis dan banyak tulang. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |