gantung Kd | tempayan besar tempat menyimpan mayat. | “Roh bayi itu tidak mahu dimasukkan ke dalam gantung. Dia mahu dikafankan,” kata Tini. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kadaat Kd | keteguran atau kena sampuk makhluk atau roh halus. | Dia muntah, Irom menjelaskan. "Dia perlu disembahyangkan. Barangkali dia kena kadaat," jelas Irom. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bobohizan Kd Pn | pakar upacara keagamaan. | Orang kampung sudah pun mengikat babi jantan itu ke tempat menjampi. Bobohizan yang ditugaskan untuk memulakan upacara pemujaan itu sudah bersedia. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buyut Kd Km | tanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit. | Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |