gelibuh Kd Mb | nyiru besar. | Hidangan itu akan diisi ke dalam sebuah gelibuh, iaitu sebuah nyiru besar. Di dalam gelibuh itu harus diisi dengan beberapa benda yang akan menjadi hidangan dan santapan kepada semangat padi itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
chapan Ib | nyiru yang dibuat daripada bemban atau buluh. Mempunyai dua bucu dan di hadapannya berbentuk melengkung. | Baiklah, kata emaknya. Emaknya hanya dapat mendengar suara anaknya tetapi anaknya tidak kelihatan. Emaknya mengambil chapan dan meletakkan ikan di dalamnya. Kemudian emaknya pun memasak ikan itu. Setelah memasak mereka pun makan. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
riribu Kd, Bj, Tb | sejenis nyiru berbentuk lonjong yang digunakan untuk menampi beras. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berayah Ib | suatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa. | Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popoiib Kd | upacara penyimpanan padi yang telah dibersihkan ke dalam jelapang padi. | Apabila padi yang telah dituai mahu disimpan di dalam Tangkob, upacara Popoiib dijalankan. Bobohizan mengaut padi menggunakan nyiru dan membubuh padi di dalam Tangkob. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |