Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. jamung, suluh; ~ Olimpik obor yg di­nyalakan ketika Olimpik diadakan (dan men­jadi lambangnya); 2. ki pemberi, penerangan, penunjuk (jalan): betapa perlunya Islam dijadikan sbg ~ yg menerangi liku-liku ke­hidupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sesuatu yg digunakan utk mene­rangi; suluh: ~ Olimpik obor yg di­nya­la­kan ketika sukan Olimpik di­adakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
obor (kata nama)
1. Bersinonim dengan suluh: jamung, andang, suar, sigi, colok, karak, karuk, manjung, pedamaran, dila, lakai-lakai,

2. Bersinonim dengan penerang: penyuluh, penunjuk, pembimbing, pemandu,

Kata Terbitan : mengobor, mengobori,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
balung Bj Smsejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan).Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas