kolungkud Kd | neraka. | Oleh sebab terlalu murka terhadap kelakuan Ponompulan, Kinoingan telah melarangnya daripada kembali ke libabau (syurga), dan menghantarnya ke kolungkud (neraka). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
libabau, *libabou* Kd | syurga. | Oleh sebab terlalu murka terhadap kelakuan Ponompulan, Kinoingan telah melarangnya daripada kembali ke libabau (syurga), dan menghantarnya ke kolungkud (neraka). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tabawan Bj, Sl | sejenis tarian yang ditarikan dengan iringan muzik kulitangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau “tambul” dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan. | Oleh sebab Tarian Tabawan amat menarik perhatian rakyat Sabah, maka tarian berkenaan merupakan acara yang harus dipersembahkan pada acara-acara majlis keramaian seperti perkahwinan, menyambut ketibaan orang kenamaan dan sebagainya. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |