bungun Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kalau orang-orang di sini membawa barang-barang dagangan, mereka menggunakan ikutan sejenis raga yang diletakkan di belakang si pembawa itu. Ada juga orang menyebut bungun. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ekor, *ikuk* Ib | bahagian kain yang di belakang bagi orang yang memakai cawat. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Berunsai Bj Sm,Tb | sejenis tarian tradisional. | Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belut, Sabah. Penari-penari yang terdiri dari lapan orang akan belakang-membelakangi dan bergerak ikut pusingan bulatan ke kanan. | Tarian-Tarian Malaysia | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bangkat Ib, Sk | sejenis bakul besar yang dibuat daripada anyaman (jarang) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain. | Ketika Nek Siku pulang petang itu, Josika melihat jarum jam tangannya, menunjukkan pukul empat petang, sepertiga buis disumbatkan ke dalam bangkat dan dihantar ke rumahnya oleh orang lain. Dia sendiri berjalan dengan terhuyung-hayang ketika meninggalkan rumah itu tadi. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengait LB, Ky | orang yang diupah untuk memotong kepala. | Kenapa terjerit-jerit ni? Digeletek kalindahau? Diburu pengait? tanya Nek Mah lagi. Anak-anak rambut yang menyapu mukanya, ditolaknya ke belakang. | Novel Senapang Bemban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temuda Ib | kawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan. | Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |