barian MSb | hantaran perkahwinan. | Jumlah barian itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun. Keluarga masyarakat Iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif, dan orang biasa serta hamba abdi. Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula hantarannya. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mararasak Mr | acara minum tapai dalam majlis perkahwinan. | Seperti biasa, pihak pengantin lelaki akan beratur berpasangan dengan pihak pengantin perempuan dalam upacara mararasak, mengikut adat orang-orang Murut di situ. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelimut MSb | umpat. | Perbuatan begitu tidak menjadi kebiasaan di sini, Yanti. Perbuatan engkau menyertai sepak manggis itu pun sudah amat luar biasa di sini. Mungkin namamu akan dikelimuti oleh orangorang di sini. Engkau tahulah masyarakat kampung. Pak Hilun menyatakan rasa bimbangnya. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selambo Ml, MSr | pukat tunda. | Selambo atau pukat tunda atau pukat harimau seperti yang biasa disebut orang, digunakan oleh bot-bot menangkap ikan di laut. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alah ayu Ib | lemah semangat atau jatuh sakit akibat melanggar pantang larang. Contohnya, seorang yang hanya biasa mengukir kayu biasa untuk membuat keranda tetapi telah mengukir kayu belian yang hanya layak diukir oleh pengukir tertentu sahaja akan ditimpa sakit atau lemah semangat. | Oleh kerana dia menantu Bedaang dia tidak panjang umur. Inilah juga yang menyebabkan seseorang menantu pantang minum jalong atau garong. Orang Iban tidak berani melanggar pantang ini kerana takut alah ayu atau tidak panjang umur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumbong, *lumbung* Ib | pondok khas tempat meletakkan keranda orang kenamaan spt Rentap. | Semasa hayat Benya dan kerana kegemilangan hidupnya dia telah meminta supaya mayatnya nanti tidak ditanam di dalam tanah. Sebaliknya ia hendaklah disimpan di dalam keranda dan diletakkan di dalam sebuah binaan yang dipanggil lumbong. Ini berbeza sedikit daripada yang biasa dilakukan kepada seseorang lelaki Iban yang mashyur. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |