Berunsai Bj Sm,Tb | sejenis tarian tradisional. | Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belut, Sabah. Penari-penari yang terdiri dari lapan orang akan belakang-membelakangi dan bergerak ikut pusingan bulatan ke kanan. | Tarian-Tarian Malaysia | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelabu Ib | sejenis burung seperti burung tekukur tetapi warnanya kelabu. Kehadirannya dipercayai akan membawa pertanda (sama ada baik atau buruk mengikut keadaan). | Semasa menyabung dan ada pula mendengar bunyi burung kelabu dari sebelah kanan gelanggang sabung, ini juga baik. Ia menandakan mata ayam orang yang dilawan itu kabur. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pasun Ib | sejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik. | Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |