Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rang­kaya panggilan kpd isteri orang yg ber­pangkat atau yg patut dihormati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Sukar kaji pada orang alim,
     sukar wang pada orang kaya.

Bermaksud :

Orang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ongkab-ongkab, *ongkob* Bj Sm, Kd, MSbtempat menyimpan padi yang diperbuat daripada kulit kayu.Stok padi yang berongkab-ongkab milik orang-orang kaya ini cukup banyak. Tidak habis dimakan.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ulun I MSborang suruhan, hamba (bahasa halus).Huma dan sawah mereka luas. Ramai ulun mereka “ulun” inilah menjadi tenaga kerja kepada orang-orang kaya itu, sebab itu mereka tidak lapar.Utusan BorneoGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
biring Ibayam jantan berbulu merah kekuningan.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rikut-rikut Ibbunyi suara ibu ayam yang sedang mengeram.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sempidan Ibsejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas