Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Percaya pada anak,
     buta mata sebelah;
percaya pada orang lain buta mata keduanya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
embawang Ibsejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya).Di sebelah lain, orang Nanga Tiga sibuk menggergajikan pokok embawang, ramin, merbung, tasak, mencantas cabang-cabang, ranting-ranting dan membuang daun-daun lebat.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngayap Ibpergi ke tempat tidur perempuan pada sebelah malam untuk berkenalan secara lebih dekat.Setelah makan, Jambi dan Buat Keling lalu keluar ke ruai. Hari pun malam. Lewat malam itu, apabila semua orang sudah tidur, Buat Keling lalu pergi ngayap adik Jambi dan terus tidur bersamanya.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kamah-kamah Bj Spkain yang dijahit bulat, diisi dengan kapuk, bulatannya sebesar jari kelingking orang dewasa dan panjangnya kira-kira 2.5 kaki. Digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung/bunyi anak-anak gabang ketika dipukul.Kamah-kamah ini dibuat dua lingkaran, diletakkan di sebelah menyebelah bahagian atas papagan, digunakan sebagai lapik bagi menguatkan dengung anak-anak gabang itu ketika dipukul; di bahagian dasar atau addas gabang diperbuat daripada zing ini adalah bagi membolehkan bunyi gabang itu akan bertambah nyaring.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelabu Ibsejenis burung seperti burung tekukur tetapi warnanya kelabu. Kehadirannya dipercayai akan membawa pertanda (sama ada baik atau buruk mengikut keadaan).Semasa menyabung dan ada pula mendengar bunyi burung kelabu dari sebelah kanan gelanggang sabung, ini juga baik. Ia menandakan mata ayam orang yang dilawan itu kabur.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas