Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeĀ­luar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. orang yg bertindak menjadi pendamai antara orang-orang atau antara dua pihak yg berbalah. b. orang yg menjadi perantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna. c. orang yg menjadi perantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pucuk pauh batangnya pauh,
     Tengah-tengah pokok mengkudu;
Tuan jauh adik pun jauh,
     Sama-sama menahan rindu.


Lihat selanjutnya...(157)
Peribahasa

Ke atas tidak berpucuk,
     ke bawah tidak berurat,
di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

Bermaksud :

Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tabasan Kytempat untuk menanam padi.Orang-orang kampung tidak pernah tebang pokok-pokok besar walaupun di tengah-tengah tabasan padi.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
aling LBpengetam padi yang diperbuat daripada buluh kering.Semasa di tengah-tengah bekerja, jika kami terserempak lebah atau penyengat kami terus berhenti. Apabila orang-orang tua kami mengikat aling di jerami, kami mesti dalam keadaan duduk. Selepas itu barulah kami mulai semula.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balang begeman Ibkepala musuh (manusia) yang diperoleh semasa ngayau.Awak ini pada masa dahulu orang tua, mengatakan diri hendak pindah ke tempat ini, Di tengah-tengah ruang langit rata membawa kumpulan balang begeman.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lipa Bj Smsejenis perahu yang lebar di bahagian tengah, berupaya menampung sepuluh orang.Pulau-pulau kecil kelam kehitaman bagai terapung dan berlabuh di tengah laut. Kecipak air di landas lipa menguntumkan irama. Ocehan daun mengharmonikan irama.PelauhGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngingit Ibriang-riang.Mendengar ngingit berbunyi pada waktu tengah hari di huma amat tidak baik dan pantang besar. Suatu upacara mesti diadakan untuk mengurangkan alamat buruk ini dan orang yang dijemput, mestilah orang yang benar-benar berkebolehan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
merarau Ibmakan tengah hari.Cikgu Awang memandang ke arah beberapa orang pelajar yang berbaris untuk mendapatkan makanan pada waktu merarau itu.Rahsia SaidinGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tinitundob Mr Tltempat menyangkutkan tengkorak, bahagian ini terletak di tengah siling dewan lansaran.Sebaik saja lansaran dijalankan maka setiap orang haruslah ikut serta lumansar dan berusaha untuk mencapai tengkorak yang terletak di tiang tinitundob.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selampandai Ibsejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir.Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas