debak Ir | 1. sejenis gendang. | Pada mulanya Tarian Situbau atau dastar ini ditarikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik akan tetapi ianya telah disesuaikan dengan menggunakan alat muzik dua buah canang atau bebandil dan sebiji debak. | ‘Situbau’ Sambut Pengantin Lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sebundaki, *sobundaki* Kd | bahagian kulit halus di pangkal kuku. | 1. Kaca itu terlekat di bahagian sebundaki pada jari kanak-kanak itu. | Antara Pemutar Skru dan Kisus | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagago Kd Pn | pegaga; Centella asiatica. | Pada suatu hari Buangkut menyuruh ibunya mengambil sejenis tumbuhan istimewa yang dipanggil Pagago. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
telatok, *talutuk* Mr | sejenis alat muzik tradisional. | Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak. | Tarian sambut kelahiran bayi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aram-aram Tb | kayu yang dilantak pada batang pokok untuk dijadikan tangga. | Lalu mereka pun mengumpul kayu-kayu kecil untuk membuat aram-aram. Bila siap aram-aram itu, Songaki pun naiklah ke atas dan mulalah ia menebang. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarimpak, *sarimpak* Bj, MSb | hiasan kepala, mahkota yg diperbuat drpd tembaga yg diukir dan berjuntai-juntai. | Kaum lelaki tidak terlibat pada acara tersebut kecuali untuk bermain muzik yang terdiri dari 1 biji rebana, tiga biji telatok yang diperbuat rai buluh jenis poring. Pakaian yang dipakai terdiri dari kebaya, kain songket dan tarimpak. | Tarian sambut kelahiran bayi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |