Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : waktu selepas matahari terbit (kira-kira dr pukul enam hingga pukul sepuluh): sarapan ~; ia pergi ~ tadi; ~ petang tiap-tiap pagi dan petang; usahlah teman dimandikan ~ prb janganlah dipermainkan dgn pujian yg berlebih-lebihan; sepagi, sepagian sepanjang (seluruh) pagi: ~ itu, sesudah kejadian malam itu, tidak demikian lakunya; pagi-pagi 1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali; kepagian 1. terlalu pagi, pagi benar; 2. terlalu awal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.gi] | ڤاݢي

Definisi : sebahagian drpd waktu dlm satu hari, iaitu selepas tengah malam sehingga tengah hari: Mereka telah pulang ke kampung pd pukul 8.00 ~ tadi. ~ buta pagi benar; sebelum matahari terbit. pagi-pagi 1 waktu pagi benar; pagi sekali: ~ lagi, dia sudah bangun. 2 lebih awal drpd waktunya; awal-awal lagi: Kalau takut kehabisan tiket, pergilah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Pagi-pagi menanam selasih,
     Selasih ditanam di hujung serambi;
Bagailah mana hati tak kasih,
     Kerana tuan baik budi.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rorou TbIkan kap rumput; Ctenopharyngodon idellus.Malam itu mereka sekeluarga hanya berlaukkan ikan rorou yang dibeli oleh Mak Ining di tamu Kebatasan pagi tadi. Kebetulan pada pagi tadi ada tamu di Kabatasan. Senanglah mendapat ikan.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empelai Ibsejenis kayu pulai yang lembut dan bergetah.Pagi itu dia pun pergi. Sepanjang hari itu dia gagal mendapat seekor binatang pun. Baring pun berpatah balik. Dalam perjalanan balik, dia ternampak asap seperti ada orang membakar kayu empelai. "Apa benda ini, adakah itu manusia atau hantu?" kata Baring dalam hatinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jupit, *lupit* Ib, MSrhitungan hari selepas tulat.Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pantar Ibruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang.Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temilah Ibbekas yang diperbuat daripada ruas buluh tua dan diikat pada pinggang si pemburu untuk menyimpan anak panah.Maka pagi itu mereka awal-awal bersedia, Diambil mereka damak sungguh tajam matanya. Disimpan dalam temilah diperbuat daripada buluh lalang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bedara Ibsuatu upacara yang dilakukan untuk mengubat orang sakit dan untuk mengelakkan kejadian buruk akibat sesuatu petanda (tolak bala).Eh... jangan balik dulu saudara Baring. Pagi ini kami akan berkampung untuk mengadakan upacara bedara pada petang itu, kata hantu itu.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pesesang, *pesisang* Bj, Ir, Kd, Tbkumbang padi, kersing.“Tapi, aku tidak berapa suka bah tuhau itu. Baunya macam pesesang (kumbang padi)”. Ricky pula mencelah dengan topik baru yang tiba-tiba menarik perhatian mereka pagi itu, susulan daripada masalah yang dihadapi oleh Julius.Kuasa politikGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas