Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok, bunga dan buah­nya), Myristica fragrans; ~ burung = ~ paya sj tumbuhan (pokok kecil), penarahan kikik, pendarah kikik (paya), Knema intermedia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan (pokok, bunga, atau buahnya), Myristica fragrans. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pala I

Puisi
 

Buah beluru buah belerang,
     Buah pala atas bukit;
Dari dahulu hingga sekarang,
     Jauh berbeza bukan sedikit.


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
hantu pala, *antu pala* Ibtengkorak manusia yang diperoleh semasa peperangan.Dia duduk di ruai rumah itu. Di ruai rumah itu, dia melihat banyak hantu pala. Agak gelap ruai itu kerana dilindungi hantu pala. Dari jumlah hantu pala itu, fahamlah Medang bahawa orang tua itu adalah raja berani. Dia duduk di situ dan tidak lama kemudian orang tua itu bertanya sama ada sudah makan atau belum.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyangkah Ibsuatu upacara berupa nyanyian yang didendangkan oleh sekumpulan wanita bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau.Apabila mereka balik ke rumah panjang mereka, tengkorak musuh yang diperolehi disambut dengan upacara nyangkah. Upacara ini diadakan oleh kaum perempuan itu yang diketuai oleh Endu Sudan Berinjan Bungkong, Endu Diu Tiong Menyelong, isteri Sengalang Burong. Dari sinilah bermulanya upacara Nyangkah Antu Pala atau tengkorak musuh yang baru diperolehi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baya pandang Ibpakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati.Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas