Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.duan] | ڤندوان

Definisi : 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.duan] | ڤندوان

Definisi : 1 sesuatu yg dijadikan pegangan atau ikutan; petunjuk: Pegawai-pegawai pertanian sentiasa memberikan ~ kpd orang-orang kampung ttg cara menjaga tanam-tanaman mereka. 2 kata-kata, petunjuk dsb yg diberikan utk memandu; hasil memandu: Dgn ~ anak Sayid Abu, rombongan Abdullah pergi mengadap Raja Kampung Laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gar Ibkiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya.Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
galang Ibkiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya.“Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang.Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pongoluan Kdalam barzah.Pada zaman lampau, sebatang buluh tambahan yang panjang dipacak di tepi kubur dengan hujungnya menghala ke arah Gunung Kinabalu. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada roh si mati ketika roh itu meneruskan perjalanannya ke tempat persemandiannya yang kekal atau "Pongoluan".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas