Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.gang] | ڤڠݢڠ

Definisi : yg dimasak (dipanaskan, didingin­kan) di atas bara api: ayam ~; ikan ~; pulut ~; ~ peringgi baru hendak masak (padi dll); jauh ~ dr api prb tidak kena atau jauh drpd yg dimaksudkan; memanggang 1. memasak (memanaskan, mendiangkan) di atas bara api: ~ ikan; 2. Mn membakar: maka berkedut-kedut yg hitam dipanggang cahaya matahari; dipanggang tiada hangus prb beberapa kali menempuh kesusahan (bahaya) tetapi selamat; terlampau panggang jadi hangus prb terlalu meninggikan diri jatuh juga akhirnya; panggangan 1. bahan yg dipanggang; 2. hasil memanggang; pemanggangan perihal (proses atau per­buatan) memanggang; pemanggang alat (penyepit) yg digunakan utk memanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.gang] | ڤڠݢڠ

Definisi : ; memanggang memasak sesuatu di atas bara api dsb: ~ ayam. pemanggang alat yg digunakan utk memanggang sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata panggang

Puisi
 

Panggang simbubu tak bertulang,
     Entahkan pandan meluruti;
Emak di kubur takkan pulang,
     Entahkan badan menuruti.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sigir, *sigik* Ib, MSrsebiji/satu.“Pulut panggang satu berapa harganya, cu?” tanya Ini Chakoi kepada seorang budak Melayu yang berjaja. Ini Chakoi sangat gemar makan pulut panggang. Dia memisahkan dirinya daripada teman-teman serumah panjangnya untuk mendekati anak Melayu yang sedang menjual pulut panggang itu. “Sigir, dua puluh sen, nek,” jawab budak itu. “Mahal sangat. Beri sepuluh sen satu.” “Sik dapat. Rugi kamek.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas