wat Ib | panggilan manja untuk anak atau menantu lelaki, terutama kepada anak lelaki atau menantu lelaki (sama seperti dom, jang, ulup dan unggal). | “Naik wat,” kata Manang Jamba. “Ya, pak memanglah hajat kami ini datang hendak menemui bapak.” Setelah mereka duduk Manang Jamba memberi mereka rokok dan pinang. “Awak semua dah makankah tadi?” tanya Manang Jamba. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ondu I Kd | panggilan kepada lelaki yang lebih muda. | “Sumi bilang, dia tahu Ondu dapat menjadi seorang laki yang baik,” Aki menambah masih dengan ketawanya yang lepas bebas itu. | ‘Sekilas...’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dom, *dum* Ib | panggilan untuk lelaki muda, terutama bagi anak lelaki atau menantu lelaki. | Kamu nanti Bunga Nuing, jangan sekali-kali kaubiarkan dom ini memakan daging rusa,? kata isteri Keling apabila dia melihat Bunga Nuing hendak membawa anaknya berjalan ke tempat orang yang sedang memakan daging rusa. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sidak Ib, MSr | mereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama). | Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
paina Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Membakut. | Di Membakut Tarian Sumazau lebih popular atau terkenal dengan panggilan Paina yang membawa erti Tarian atau menari. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |