Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.kas] | ڤڠکس

Definisi : ; toko ~ kedai gunting rambut; tukang ~ tukang gunting (cukur); berpangkas bergunting rambut: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja ~ gambak; memangkas 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh, nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki mering­kaskan cerita; terpangkas memangkas atau dipangkas dgn tidak sengaja: dia ~ dahan anak rambutan itu; pemangkasan perbuatan (kerja dsb) memangkas: ~ perlu dilakukan utk membuang daun atau dahan yg rosak; pemangkas 1. perkakas atau alat utk me­mangkas (memotong): ~ rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.kas] | ڤڠکس

Definisi : ; berpangkas 1 bergunting (rambut): Rambutnya belum ~. 2 menjadi pendek kerana dipotong: Pokok-pokok teh itu kelihatan spt ~ tepinya. memangkas 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. pangkasan hasil drpd memangkas. pemangkasan perbuatan memangkas: ~ pertama boleh dilakukan semasa batangnya tumbuh setinggi lebih kurang 0.6 meter. pemangkas 1 alat, spt gunting yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkas
Kata Terbitan : memangkas, pemangkas,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
blau, *bellau* Ibsejenis ikan haruan.Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kucay, *kuche* Ibsejenis burung kecil, berwarna merah di bawah lehernya manakala badannya berwarna kehijau-hijauan. Burung ini dipercayai membawa petanda buruk sekiranya ia memasuki rumah.Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pangkas Ibsejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban.“Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
papau Ibsejenis burung yang membawa alamat menurut kepercayaan Iban.“Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beragai Ibsejenis burung yang dipercayai pembawa alamat baik atau buruk.“Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bejampong, *bejampung* Ibsejenis burung yang dipercayai boleh membawa alamat baik atau alamat buruk.“Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
embuas Ibsejenis burung yang dikatakan membawa alamat baik atau buruk menurut kepercayaan masyarakat Iban.“Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nendak Ibsejenis burung yang membawa alamat baik, biasanya ia tidak diambil kira dalam menentukan petanda sesuatu.“Eh, semua bunyi burung lain yang bukan menantu saya tidak boleh digunakan,” jawab datuknya. “Inilah nama semua burung yang boleh dipercayai: ketupong, bejampong, embuas, pangkas, papau, beragai dan nendak.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas