pisang bangkit Ib | sejenis pisang. | Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pentik Ib | patung yang diperbuat daripada kayu yang dijampi kemudian didirikan di sisi rumah, ia dipercayai boleh menghalau kejahatan yang bakal menimpa. | Buang saja pentik itu, kata mereka. Pentik itu pun dihumban ke dalam lubuk. "Kita ni nak ngayau ditanyanya pula," kata mereka lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kumpang Ib | sejenis pokok yang buahnya seperti buah keranji dan rasanya masam. | Pada suatu hari setelah berfikir, Raja Entala lalu menebang sepohon pisang bangkit. Pangkai pisang itu diambil dan dibuat sepasang patung yang hampir serupa dengan mereka suami isteri. Raja Entala mengambil getah kayu kumpang untuk dijadikan darah patung itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandong, *sandung* Ib | tiang untuk mendirikan patung kenyalang (semasa upacara Gawai Kenyalang). | Kedua kali Begawai Burung, tiang yang didirikan atau tiang sandong ialah daripada buluh betung ataupun batang pinang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai kenyalang Ib | sejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati. | Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lebor api, *lebur api* Ib | motif bunga pada kain pua kumbu. | Setelah patung itu siap dibuat, isteri Raja Entala membalutnya dengan selimut tenunan atau pua kumbu lebor api. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai ranyai Ib | suatu upacara untuk menawarkan sumpah. | SERAPOH tinggal di Batang Kapuas. Dia mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agama mereka pada ketika itu mungkin agama Hindu. Ini adalah kerana apabila mengadakan Gawai Ranyai, tiang yang mereka gunakan untuk mendirikan patung kenyalang disebut candi, sama dengan nama candi yang terdapat di kuil Hindu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |