Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pauh] | ڤاءوه

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), a) Mangifera indica; b) = ~ damar mempelam bemban, Mangifera pentandra; ~ janggi sj tumbuhan (palma), nyiur laut, Lodoicea maldiviica; ~ kijang a) sj tumbuhan (pokok), kebayang, merelang, Irvingia malayana; b) sj tumbuh­an (pokok), babi kurus, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kempas roman, kijai, Trigonochlamys griffithii; ~ pipit sj tumbuhan (pokok), katak udang, ketak udang, otak udang, puan, terentang tikus, Buchanania lucida; ~ pungah sj tumbuhan (pokok), balai, Aralidium pinnatifitdum; pipi laksana ~ dilayang ki pipi yg licin dan penuh (bkn pe­rempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : ark sj sukatan yg bersamaan dgn suku cupak, kepul; berpauh-pauh; ~ padi menyukat-nyukat padi dgn pauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : ; ~ layang Kl sj kuih drpd telur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pauh] | ڤاءوه

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya hampir serupa dgn mangga tetapi lebih kecil), Mangifera indica. ~ damar Mangifera pentandra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pauh

Puisi
 

Pucuk pauh cendera pauh,
     Pucuk bemban ladung meladung;
Abang jauh saya pun jauh,
     Rindu dendam sama menanggung.


Lihat selanjutnya...(90)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pauh laba Ibsejenis pauh yang disebut dalam dongeng cerita Iban sahaja yang tumbuh di pusaran air.PADA suatu masa dahulu ada seorang lelaki bernama Jelenggai. Pada zaman itu orang yang memperolehi buah pauh laba menganggap dirinya amat bertuah. Pauh laba ini tumbuh di pusat air di lautan.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas