tadang Kd | bakul sikutan dibuat daripada jalinan pelepah rumbia dan digunakan utk membawa tuaian padi. | Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rintong, rintung Ib | sejenis bakul yang diperbuat daripada gelungan pelepah rumbia yang digunakan untuk mengumpul dan membawa turun sarang lebah ke tanah. | Sejurus kemudian dia melihat seorang yang berbadan besar datang ke arahnya. Kepala orang itu besar dan muncungnya seperti keranjang yang bernama rintong. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bungun Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kalau orang-orang di sini membawa barang-barang dagangan, mereka menggunakan ikutan sejenis raga yang diletakkan di belakang si pembawa itu. Ada juga orang menyebut bungun. | Diari K. Bali | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bongan Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kamu mahu ke mana? tanya Francis kepada seorang tua yang berjalan bersama-sama seorang wanita muda. Mereka masing-masing menggalas bongan dan berait. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bohungon Kd | alat seperti bakul yang biasanya diperbuat daripada pelepah rumbia, yang mempunyai tali yang disangkutkan pada bahu untuk membawa barang-barang yang besar atau banyak untuk sesuatu perjalanan yang jauh. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babat Ml | sejenis anyaman tradisional Melanau yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok rumbia. | Aku hanya diam. Kupandang mak untuk menyokong pendirianku. Aku hampa kerana emak hanya asyik menganyam babat daripada lidi rumbia itu. Di sekelilingnya masih banyak lagi daun rumbia yang belum disentuh. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagar api Ib | suatu binaan khas daripada ranting-ranting kayu kemali atau pelepah pisang di ruai rumah panjang yang dibuat untuk upacara belian. | Oh, ini rupanya yang mereka suruh saya ubati, teruk betullah dia ini, kata hati kecil Manang Entayang melihat perkara yang pelik itu. Melihat itu dia pun mendirikan pagar api dan mulakan upacara belian. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuriding Bj, Tb | sejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod). | Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lidi Ib | sejenis alat yang digunakan dalam proses menenun kain. Ia dibuat daripada pelepah aping dan jaung. | Lidi diperbuat daripada tulang sejenis palma yang dipanggil jaung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
basong, *basung* Ib | sejenis bakul kecil yang dibuat daripada anyaman (halus) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain. | Keling lalu bangun dan menyandang bakul sap basong melintang, menyandang sumpitan tapang. Di pinggangnya diikatkannya pula pedang panjang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |