Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yg digunakan utk memĀ­berikan cahaya; ~ duduk pelita yg diletakĀ­kan di atas meja (lantai); ~ gantung pelita yg digantung; ~ panjat pelita yg dipasang di luar rumah pd malam hari dlm bulan puasa; 2. lampu; 3. ki sesuatu yg memberi panduan dll: gadis yg menjadi ~ dlm hidupnya; fikiran itu ~ hati; memasang ~ tengah hari prb menerangkan sesuatu yg sudah jelas, perbuatan yg sia-sia; pasang ~ dilanggar tikus prb keadaan yg menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 lampu kecil (dibuat drpd zink dll) yg bersumbu dan menggunakan minyak. 2 ki sesuatu yg menerangi (memandu) hati, hidup dsb: Ilmu ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelita (kata nama)
Bersinonim dengan lampu, ketaya, andang, colok, suluh, obor.,

Puisi
 

Baiklah baik pasang pelita,
     Pasang pelita tepi jeraya;
Baik-baik berpandang mata,
     Memandang mata membuat dosa.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pelita bakak MSrsejenis lampu suluh yang menggunakan kobalt dan minyak tanaha. Ia diletakkan di atas dahi semasa menggunakannya.Parang puting tersarung di pinggang dan pelita bakak melekap di atas kepalanya.Novel Antara Dua KepercayaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas