Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.main] | ڤماءين

Definisi : 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.main] | ڤماءين

Definisi : orang bermain atau yg memainkan sesuatu; orang yg suka bermain: ~ biola; ~ bola sepak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
magansip Mrkepit, sejenis bentuk tarian orang Murut.Dia terbayang bagaimana suaminya yang menjadi salah seorang pemain alat-alat muzik tradisional, memalu gong dan kadang-kadang menari magansip berpasangan dengan penari wanita yang jelita.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ruding LBalat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan.Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sepak manggis MSbsejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian.Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tadul, *todul* Kdkayu kecil yg dijadikan penyangga di kedua-dua hujung tali pada tongkungon.Encik Janil Kiwai dari Kampung Lobong Tambunan telah menyatakan bahawa setiap tali atau dorongan haruslah berbeza-beza panjangnya bagi maksud menghasilkan bunyi yang berlainan dan untuk menghasilkan bunyi seperti ini si pemain haruslah mempunyai kemahiran untuk meletakkan penadul atau tadul seperti tercatat dalam rajah.Tongkungan dimain ketika menunggu padiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magunatip Kdsejenis tarian yang popular di kalangan suku kaum Dusun Gana. Ia ditarikan dengan iringan pukulan gong oleh sepasang penari (lelaki & perempuan) yang memakai pakaian tradisi. Tarian ini adalah suatu upacara rasmi semasa majlis makan malam orang kenamaan bagi suku kaum tersebut.Bingung pada irama muzik yang kurang mantap yang sedang dimainkan. Bingung pada pemain alat-alat muzik `magunatip' yang tidak bersefahaman.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas