Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.buat] | ڤمبوات

Definisi : (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.buat] | ڤمبوات

Definisi : orang atau alat yg membuat: Di Petaling Jaya, terdapat kilang ~ asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembuat

Peribahasa

Retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Sumbing melalui [= meluaki], retak melampaui tara [= garis]). tara = kayu yang diberi berpaku akan pembuat garis pada kayu; melampaui cara = melampaui garis.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sompoton MSbsejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama.Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan.Alat-alat Muzik Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sopinit Kdlilin lebah daripada sarang kelulut yang digunakan sebagai gam.Si pembuat Bungkau akan menipiskan bahagian tengah pelapah berkenaan dan dibubuh dengan sopinit atau sopilod (suatu bahan yang pekat berwarna coklat/hitam) dari bahasa daerah suku Kadazandusun yang mewarisi alat muzik berkenaan di mana terdapat di beberapa bahagian di daerah-daerah pantai barat, pedalaman dan lain-lain.Bungkau juga miliki lagendaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas