anding Ky, MBr | nama tarian pemujaan. | Pada mulanya tarian Anding ini bukanlah merupakan tarian untuk bersukaria, tapi merupakan ‘pemujaan’ terhadap semangat atau dewa dewi dan mambang. | Pemujaan Semangat Dewa Dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sagindai Kd Rn | upacara pemujaan semangat tengkorak. | Upacara `sagindai' ini ialah upacara pemujaan roh atau semangat tengkorak atau kepala yang telah dipancung ketika berlakunya peperangan suku atau kaum. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kukui Mr Tl | upacara pemujaan terhadap semangat tengkorak musuh yang mati dibunuh. | Upacara Kukui ialah upacara pemujaan terhadap semangat tengkorak orang-orang yang mati dibunuh. Selalunya tengkorak musuh yang telah ditawan ketika berlakunya peperangan di antara suku-suku. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Bingku Mr Tl | upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Upacara Bingku ialah upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginasi Mr Ps | upacara pemujaan semangat tengkorak manusia yang mati dibunuh. | Upacara maginasi ini diketuai oleh Tok Lair iaitu seorang tua yang disegani dan dihormati di perkampungan itu di mana ia akan menyelenggarakan upacara pemujaan terhadap semangat dan roh si mati itu sesuai dengan kehendak upacara tersebut supaya roh atau semangat tersebut tidak akan mengganggu penduduk-penduduk di situ. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
piring Ib | sesajian hidangan untuk pemujaan. | Siap sudah upacara memohon restu itu, mereka balik ke rumah kediaman mereka. Segala hidangan piring dan babi korban mereka ditinggalkan di puncak gunung itu. Semua bahan itu adalah untuk membuktikan kesungguhan mereka memohon restu yang diharapkan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai kenyalang Ib | sejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati. | Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelingkang Ib | sejenis bekas daripada buluh, digunakan sebagai tempat meletak makanan untuk pemujaan. | Ataupun membuang kelingkang yang terpacak di hutan hijau itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buyut Kd Km | tanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit. | Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dumundui Kd KB | sejenis semangat bunga. | 3. Dumundui – Semangat bunga, selalu hadir dalam upacara pemujaan. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |