tatangkong Kd | selempang. | Magi - yang juga disebut `kumagi' iaitu sejenis cincin tembaga yang digunakan dua tiga utas bagi seorang penari. Di Penampang, kumagi ini dinamakan tatangkong. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mohontog, *momohontog* Kd | upacara yang diadakan untuk berhubung (kali terakhir) dengan roh si mati. | Di kalangan setengah-setengah suku kaum Kadazan seperti orang-orang Kadazan di Daerah Penampang, upacara "Mohontog" diadakan untuk berhubung kali terakhir dengan roh si mati. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magi Kd | alat perhiasan pada pakaian tradisional wanita berupa cincin tembaga. | Magi - yang juga disebut `kumagi' iaitu sejenis cincin tembaga yang digunakan dua tiga utas bagi seorang penari. Di Penampang, kumagi ini dinamakan tatangkong. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tontog Rg | sejenis tambur kecil. | Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karatung Kd Tm | sejenis tambur kecil. | Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |