largu Tb | pakaian penari lelaki tarian runsai (tanpa hiasan). | Penari-penari lelaki pula sering kali menggunakan pakaian-pakaian seperti di bawah: Largu/Sipakan - Baju jenis largu adalah baju tanpa hiasan apa-apa; manakala baju Sipakan pula adalah baju yang dihiasi dengan tekatan benang aneka warna di samping manik-manik dan butang-butang betawi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berpodong Bj Sm | memakai dastar. | Manakala penari-penari lelakinya pula haruslah berbaju `sampit', berpodong (berdastar), berseluar sampit dan memakai keris atau `pidah'. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angalang Mr | 1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian. | Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta. | Tarian Mengubati Orang Yang Sakit | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
porong Bj Sp | dastar. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lansaran Mr | pentas yang dibuat daripada buluh yang membolehkan penari-penari melompat dan melonjak-lonjak di atasnya (bersifat fleksibel). | Lantas dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lajjuk Bj Sp | tanjak. | Perhiasan di Kepala - Kepala penari-penari lelaki hendaklah dihiasi dengan Porong (Dastar) yang selalunya mempunyai lajjuk (tanjak). | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
antuilas Bj Sp | kertas berkilat dan berwarna-warni. | Kepala penari-penari wanita akan dihiasi dengan korona, menyerupai mahkota yang diperbuat daripada kertas tebal yang ditutupi dengan kain kesumba, kemudian dihiasi pula dengan antuilas, iaitu kertas berkilat dan berwarna-warni. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengimun liliwa Mr | penyanyi lagu tradisi. | Dengan bermulanya nyanyian tersebut, maka penari-penari lelaki dan perempuan pun mulalah menghayun dewan Lansaran tadi, di samping mengikuti irama nyanyian yang dinyanyikan oleh `mengimun liliwa' sebagai penghidup semangat mereka. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bilak buai Bj Sp | cincin belah rotan. | Di bahagian tangan dan kaki penari-penari wanita, juga dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu iaitu di bahagian tangan dihiasi dengan gelang sulau yang diperbuat daripada kulit-kulit kerang atau siput-siput laut, cincin emas bentuk bilak buai dan di jari-jari pula dihiasi dengan selingkuku, iaitu sejenis sarung kuku yang diperbuat daripada logam jenis suasa. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Berunsai Bj Sm,Tb | sejenis tarian tradisional. | Berunsai adalah tarian tradisional suku Bajau di daerah Kota Belut, Sabah. Penari-penari yang terdiri dari lapan orang akan belakang-membelakangi dan bergerak ikut pusingan bulatan ke kanan. | Tarian-Tarian Malaysia | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |