Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.ni] | ڤڠهوني

Definisi : 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg me­ngandungi bara; 2. hantu penunggu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.ni] | ڤڠهوني

Definisi : orang dll yg menghuni (rumah dsb): Rumah itu berkunci sebab ~nya tidak ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huni
Kata Terbitan : berhuni, menghuni, penghuni, berpenghuni,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
unggal Ibkata sapaan bagi mereka yang setaraf (kawan, sahabat), biasanya untuk lelaki.Mereka pun naik ke rumah semasa penghuni rumah panjang sedang sibuk mengadakan gawai. "Oh.... lalu unggal, nasib baik awak datang, bertuah aku bergawai ini, ramai pengunjung," kata Apai Sabit Bekait.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tanggui seraong, *tanggui seraung* Ibsejenis terendak yang berbingkai besar dan berpentol di tengahnya, biasanya dipakai oleh perempuan Iban.Ramai penghuni rumah itu sendiri mati dibunuh musuh. Salah seorang daripada mereka ialah anak dara kepada Maling. Serentak dengan kematiannya itu tanggui seraongnya terbang ke langit dan kemudian jatuh di kawasan Batang Paku di Saribas.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
begaut, *ngarak begaut* Bd, Ib, MSrtergesa-gesa, hendak cepat, bergegas.Tidaklah aku naik, terima kasihlah. Aku begaut hendak pulang kerana mungkin malam ini aku hendak terus berbincang dengan kaum penghuni rumah panjang kami tentang perkara pindah ini.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gawai antu Ibupacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban.Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas