Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ba.tan] | ڤڠوبتن

Definisi : perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ba.tan] | ڤڠوبتن

Definisi : perbuatan (cara dsb) mengubati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pelian Ibcara pengubatan yang dilakukan oleh manang dengan menggunakan nada suara yang berlainan semasa membaca mantera, jampi dan sebagainya mengikut jenis penyakit.Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lumayang Kd Tnupacara pengubatan.Selepas ini, iaitu ketika hari sudah hampir subuh, ia pun lalu mengambil sangkuban tadi yang dibuat mengikut bentuk perahu, untuk upacara lumayang, iaitu menghayunnya hingga kira-kira satu jam setengah.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
madsayau Kd Lttarian dalam upacara pengubatan.Sekiranya upacara patod ini diadakan bagi mengubat orang yang sedang sakit, maka `bobolian' akan menari atau mengalai -madsayau, yang bentuk tariannya hampir seperti mengigol.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tutubit, *tutubik* Mrsejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara pengubatan tradisional.Kelopak mata Charlene terkedip-kedip, memerhatikan upacara yang sedang berlangsung. Di tangan tentagas itu, tergenggam sebilah lembing, tutubit, giring-giring dan lain-lain untuk upacara itu.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ajung Bj, Tbsejenis perahu atau rakit kecil dihiasi bendera berwarna-warni dan diisi dengan pelbagai jenis makanan, dan dihanyut di laut atau sungai. Ini sebagai sebahagian upacara pengubatan.Bentuk ajung ini menyerupai seperti sebuah perahu biasa, tetapi di bahagian bawahnya kelihatan seperti rakit, kerana bahagian bawah perahu itu diperbuat daripada bambu bulat yang dicantum-cantumkan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas