Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.ga] | ڤنجاݢا

Definisi : 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. ark wang jaga-jaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.ga] | ڤنجاݢا

Definisi : 1 orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2 hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
odu mangatob Kdpenjaga di alam roh.Benarkah sebelum ke puncak gunung itu, roh orang mati akan singgah dahulu di rumah Odu Mangatob, anak kinoringan, yang terletak di kaki gunung? Benarkah Baljit Singh itu adalah jelmaan daripada roh mendiang suami Solisir?Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
isian Bjilmu batin.Sudah menjadi kelaziman di daerahnya bahawa setiap gadis atau teruna akan diisikan dengan berbagai-bagai isian penjaga diri.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
miontong Kddewa pelindung.Semua orang Kadazan dulu menyembah itu Tua Pek Kong (dewa Cina) juga. Ya, dulu. Ada yang menyembah penjaga di rumah. Kadazan bilang miontong (dewa).Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
maginakan Kd, Mrkenduri kesyukuran.Upacara maginakan ini diadakan adalah untuk menyatakan rasa syukur dan penghargaan terhadap rezeki yang telah diberikan oleh semangat penjaga keselamatan dan rezeki manusia bagi satu-satu keluarga yang mahu mengadakan upacara tersebut.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas