Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nung.gu] | ڤنوڠݢو

Definisi : 1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku berjumpa hantu syaitan atau puaka ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nung.gu] | ڤنوڠݢو

Definisi : 1 orang yg menunggu, mengawal dsb; pengawal; penjaga. 2 orang yg menunggu atau yg menanti utk menyambut kedatangan tetamu dll. 3 orang yg mendiami atau yg menghuni sesuatu tempat. 4 hantu atau puaka yg kononnya menunggu (mendiami) sesuatu tempat: Pokok besar itu dikatakan ada ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jerunai, *jerunei* Mltiang untuk menyimpan mayat keluarga pembesar masa dulu.Ini adalah adat raja dan adat orang yang mempunyai hamba abdi tatkala itu apabila mereka hendak mendirikan rumah atau mendirikan tiang 'jerunai'. Kononnya itu adalah sebagai persembahan kepada hantu penunggu tempat itu.Maharaja TugauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas