lepa Bj Sp | perahu. | PERAHU yang mempunyai ukiran bunga. Lebih unik, ukiran itu diadaptasi daripada ayat al-Quran. Masyarakat Bajau memanggilnya lepa mengikut bahasa Bajau Semporna yang bermaksud perahu. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
laut Ib | orang Melayu. | Orang yang bersuka ria dan ketawa tadi kini menjadi takut. Mereka mulai lari ke sana ke mari dan yang ada perahu lari ke perahu. Laut-laut yang ada perahu semuanya lari ke perahu. Rumah panjang yang ditinggalkan tadi terus menjadi batu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ajung Bj, Tb | sejenis perahu atau rakit kecil dihiasi bendera berwarna-warni dan diisi dengan pelbagai jenis makanan, dan dihanyut di laut atau sungai. Ini sebagai sebahagian upacara pengubatan. | Bentuk ajung ini menyerupai seperti sebuah perahu biasa, tetapi di bahagian bawahnya kelihatan seperti rakit, kerana bahagian bawah perahu itu diperbuat daripada bambu bulat yang dicantum-cantumkan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
wit Ib, MSr | mengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju. | Pengayuh di tangannya sekejap dipaut sekejap diwit untuk mengelakkan perahu tuko mereka dari tersasah dan melanggar tebing Sungai Majan yang sempit. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kampit, *kupit* MSb | sejenis perahu besar. | Nafasnya macam tersepit kepayahan, menatang daulat sebagi seorang Puteri Bangsawan Sulu. Dia menyandar lesu di perahu kampit yang menuju ke Laut Sulu. Tiba-tiba dia tersenyum pahit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temuai MSr | sejenis perahu. | Sampai di tepian, Batang Nyabur sedang menolak arus surutnya. Air mengalir agak laju ke hilir. Di tebing yang ketohoran tetapi masih basah itu, kelihatan beberapa buah perahu jenis temuai yang tersadai melintang-pukang. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giak II Ib, Kh, MSr | kayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu). | Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga. | Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkuban Kd Tn | sejenis alat berbentuk perahu yang dihayun dalam upacara lumayang. | Selepas ini, iaitu ketika hari sudah hampir subuh, ia pun lalu mengambil sangkuban tadi yang dibuat mengikut bentuk perahu, untuk upacara lumayang, iaitu menghayunnya hingga kira-kira satu jam setengah. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengerebah Ib | sejenis perangkap (pokok) untuk memusnahkan musuh yang sedang melalui sungai. | Ketika sampai di Kuala Matok mereka menemui pengerebah iaitu kayu yang ditebang supaya menimpa perahu dan juga menghalang perjalanan perahu musuh. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ilum Ib | pinang yang dikacip dan digulung dengan sirih berkapur untuk dimakan. | Mereka dua beradik mengancam dengan suara yang sangat nyaring. Meradana terus menampalkan ilum pinang ke timbau perahu seperti yang dinasihatkan oleh Kumang. Perahu itu terus senget dan hendak karam. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |