Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.bin.ca.ngan] | ڤربينچڠن

Definisi : perihal berbincang: di situ saya dengar ~ mereka hendak merompak kedai intan berlian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.bin.ca.ngan] | ڤربينچڠن

Definisi : perbuatan atau hal berbincang; perundingan: ~ mereka telah memakan masa selama tiga jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbincangan

Peribahasa

Bagai enau di dalam belukar,
     melepaskan pucuk masing-masing.

Bermaksud :

Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
randau Ibdialog, perbincangan.Di ruai tiba-tiba ada randau. Kajan telah menjemput beberapa ahli jawatankuasa rumah panjang kerana perlu memberitahu perkara penting kepada semua.Dewan SasteraGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pintal-memintal Tbperbincangan akhir tentang hantaran.Acara belum bermula lagi. Pintal-memintal belum kedengaran. Sebentar lagi, Imam Tuk Batil akan berhadapan dengan Turagai. Mereka akan berbincang sebaik-baik mungkin. Mana yang tidak kena, akan dicari jalan penyelesaian.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelakar MSr1. perbincangan. 2. perbualan.Jarang-jarang Pak Bidin mahu bersuara atau menyampuk kelakar orang kalau dia belum benar-benar bersedia.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
edi, *idi* Kdemak.Di rumah setelah menyediakan makan malam, dia terus mendiamkan diri. Perbincangan edi dengan ammanya tentang hasil sawah yang bakal diperolehi tidak menarik minatnya. Adiknya mengemukakan soalan tentang Lagan dan Enandakan yang pendiam itu hanya menjawab dengan jelingan matanya.Serpihan MusimGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas