Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
getah, *darah getah* Ibperibahasa untuk keturunan.Andailah Petara berkenaan mengurniakan belaskasihan dan ihsan. Menghulurkan pertolongan dan bantuan. Aku dapat beroleh darah, beroleh getah. Dapat anak esok, lusa dan kemudian hari, Aku berjanji akan mengadakan satu majlis kenduri.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ibperibahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah.“Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas