Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri/.sa]/[pe.rik.sa] | ڤريقسا

Definisi : selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian); memeriksa 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik (mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat (keja­dian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk mengetahui kebe­narannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamat-amati, mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan; memeriksai sl menyiasat (kejadian, perkara, dll), menyelidiki: maka titah Raja Pahang pd Laksamana, “Orang tuan membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja, baiklah tuan periksai”; memeriksakan 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta (mem­biarkan) supaya diperiksa; peperiksaan ujian (utk menentukan ke­bolehan atau kepandaian seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran; pemeriksaan 1. perbuatan memeriksa, pe­nyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd meme­riksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; pemeriksa orang yg memeriksa: ~ kira-kira. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri/.sa]/[pe.rik.sa] | ڤريقسا

Definisi : ; memeriksa 1 melihat-lihat dgn teliti utk mengetahui betul tidaknya dll: Pd sebelah malamnya pula, beliau sibuk ~ buku rampaian murid-muridnya. 2 menyelidik atau mengkaji utk mencari pengetahuan: Dia telah dipilih utk ~ gunung berapi di Jepun. peperiksaan ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. pemeriksaan perbuatan atau hal memeriksa: Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu selalu mengadakan ~ ke atas kilang-kilang yg mengeluarkan getah. pemeriksa orang yg memeriksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,

Puisi
 

Dari Arab ke negeri China,
     Sampai ke China bertukar nama;
Harap tuan saya terima,
     Sudahkah periksa keadaan bunga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya,
     kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.

Bermaksud :

Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bau kua, *bau kua* LBsejenis manik.Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bau kina LBsejenis manik yang berasal dari negeri China.Yang di dalam perut ikan, walaupun batunya sekecil bau kina, bau kua kamu periksa juga sampai ke dalam perut besar dan perut kecil.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas