nyeli Ib | sj tumbuhan bijirin (pokok dan buahnya) drpd jenis padi; Coix lachrymajobi. | Apabila dua orang gadis itu mendekati rumah panjang, Bunga Eni dan Bunga Satangkai hanya sebesar ibu kaki. Apabila Kumang dan Lulong tiba di tepian permandian, roh itu sebesar ibu jari. Setiba mereka di halaman, roh itu sebesar sebiji jagung. Seterusnya apabila berada di kaki tangga, roh Bunga Eni dan Bunga Satangkai sudah sebiji nyeli. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pau Ib | sejenis pokok memanjat. Kulit buahnya boleh dibuat syampu setelah dikeringkan atau dijemur. | Mereka terperanjat melihat segala alat mandi telah tersedia. Mentemu, batu penggosok, pau, batu penumbuk pau dan bunga-bunga kering semuanya sudah ada. Selepas mandi, mereka terlihat kesan orang mandi yang masih baru. Permandian di situ masih basah. “Siapakah yang telah mandi di situ tadi?” Mereka tertanya-tanya. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |